APABILA PROFESIONAL MENULIS: TITIK TEMU SASTERA DAN SAINS
Kulit hadapan buku APM
Kulit belakang buku APM
Akhirnya, kitab panduan menulis cerpen yang aku tunggu-tunggu tiba jua. Hampir seminggu aku menempah buku ini, namun kehadirannya tidak kunjung-kunjung tiba. Aku resah menunggu kehadirannya kerana perasaan tidak sabar membaca isi buku tersebut begitu membuak-buak. Mana tidaknya buku ini disunting oleh pensyarah aku sendiri iaitu Prof. Madya Dr Mawar Safei! Buku ini tidak disunting oleh beliau seorang diri sebaliknya beliau turut dibantu oleh Prof. Madya Dr Kamariah Kamarudin. Buku ini sebenarnya dihasilkan untuk memperlihatkan bagaimana golongan profesional yang terdiri daripada penyelidik sains, doktor perubatan, pakar teknologi maklumat, pensyarah kejuruteraan, wartawan akhbar, pensyarah komunikasi, dan pegawai perunding kewangan, memindahkan pengalaman kerjaya mereka menjadi gubahan karya yang begitu kreatif. Sebaik buku tersebut berada di tanganku, aku terus menyelak helaian demi helaian dan aku memulakan pembacaanku. Dari Dendam Siber aku beralih pula kepada Di Balik Ziyad kemudian aku beralih ke Xenoglossia. Keghairanhanku membaca ditambah pula dengan hasil karya yang begitu cemerlang, membuat aku ralit dan jatuh ke dalam dunia imaginasiku sendiri sehingga aku mampu membaca sebanyak tiga karya dalam masa dua jam sahaja. Aku begitu menyukai cerpen atau novel berkaitan Fiksyen Sains jadi tidak hairanlah aku begitu menyukai karya-karya tersebut. Antara tiga karya pertama yang telah aku baca tersebut, yang paling aku sukai ialah karya kedua iaitu Di Balik Ziyad. Aku menyukainya kerana aku merasakan penulisnya iaitu Adawiah Zainal begitu bijak menggarap cerpen yang menceritakan tentang manusia mutan itu. Aku juga terpesona dengan penceritaan beliau tentang kehadiran planet baru yang seakan sama dengan Bumi yang kita huni hari ini. Pada pengamatanku idea yang beliau lontarkan sungguh kritis dan mampu menarik minat para pembaca. Aku harapkan penulisanku nanti juga sekreatif beliau dan para penulis cerpen yang terangkum dalam buku APM ini.
Hazliena
BalasPadamSaya perpanjang entri ini kepada Dr Adawiah! Terima kasih