Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2021

PERLINDUNGAN

Imej
Pernahkah kita terfikir bagaimanakah perasaan orang-orang yang tinggal di rumah perlindungan?  Sejujurnya aku sendiri tidak pernah terdetik untuk mengetahui tentang kehidupan mereka. Namun, memandangkan latar tempat cerpenku berkisarkan tentang tempat-tempat sebegini, aku gagahi juga mencari serba sedikit maklumat tentang pusat jagaan atau rumah perlindungan orang-orang tua di laman sesawang. Sebelum menonton video yang aku temui, aku sematkan dalam mindaku agar tidak menontonnya hanya sekadar mencari maklumat semata-mata, sebaliknya aku akan cuba menghayati kesedihan yang mereka alami.  Aku amati satu persatu video-video yang dipaparkan. Bagiku video yang dihidangkan di youtube tersebut semuanya menunjukkan kehidupan para penghuninya yang penuh dengan kedukaan dan keperitan hidup. Aku biarkan tangisan dan getaran suara mereka yang perlahan itu bergentayangan dalam benakku.  Aku benarkan juga diriku terbawa suasana yang dipaparkan agar aku mudah meresapi segala emosi mere...

SKETSA HATI

Imej
Musibah yang melanda tanah air kita pekan ini begitu meruntun hatiku. Mana tidaknya, jiwa ini tidak sanggup melihat keperitan dan kesusahan yang dihadapi oleh semua mangsa. Mereka dikatakan terpaksa menahan lapar selama berjam-jam, meredah arus bah yang ganas, berpaut pada kawasan-kawasan tinggi dan terpaksa merelakan harta benda mereka dijamah air bah yang kekuningan. Keperitan yang dirasai oleh mereka begitu menggusarkan hatiku sehingga aku mengalami masalah sukar untuk tidur selama beberapa hari apabila malam menjelma. Hatiku ini mungkin dapat merasai keperitan mereka kerana aku juga mempunyai keluarga dan sanak-saudara yang tinggal di sekitar kawasan-kawasan yang telah dinyatakan terjejas  tersebut. Pasti mereka kewalahan menghadapi musibah. Meski pun kini keluargaku disana sudah menenangkan kami dengan mengatakan keadaan mereka sudah membaik dan air bah mulai surut, aku masih lagi berasa agak khuatir. Namun,  Aku disini akan sentiasa berusaha membantu semampuku dengan men...

KENANGAN

Imej
 Hari ini aku dapat melepaskan bebananku buat seketika setelah berhari-hari aku berpenat lelah dan berhempas pulas menyiapkan segala tugasan yang berbaki. Niatku hanya ingin mengambil angin berdekatan dengan kawasan rumahku sahaja, namun keluargaku mengajakku ke bandar. Aku yang memang sudah berniat untuk berjalan-jalan seketika terus mengambil peluang yang sudah tersaji di depan mata. Bak kata orang tua-tua rezeki jangan ditolak! Masa perjalanan kami mengambil masa sekitar 35 minit dari rumahku sebelum sampai ke destinasi. Destinasi yang dituju kali ini ialah Kampung Hulu Melaka. Jika berjalan-jalan di Kampung Hulu ini tidak sah sekiranya tidak merasai cendolnya yang begitu popular dalam kalangan penggemar makanan atau food hunter . Cendolnya enak dan tidaklah begitu manis pada deria rasaku.      Setelah sesi membasahkan tekak selesai, kami sekeluarga berjalan-jalan di tepi tebing sungai Melaka. Pada pengamatanku airnya yang berwarna hijau pekat serta berbau itu tia...

APABILA PROFESIONAL MENULIS: TITIK TEMU SASTERA DAN SAINS

Imej
  Kulit hadapan buku APM Kulit belakang buku APM Akhirnya, kitab panduan menulis cerpen yang aku tunggu-tunggu tiba jua. Hampir seminggu aku menempah buku ini, namun kehadirannya tidak kunjung-kunjung tiba. Aku resah menunggu kehadirannya kerana perasaan tidak sabar membaca isi buku tersebut begitu membuak-buak. Mana tidaknya buku ini disunting oleh pensyarah aku sendiri iaitu Prof. Madya Dr Mawar Safei! Buku ini tidak disunting oleh beliau seorang diri sebaliknya beliau turut dibantu oleh Prof. Madya Dr Kamariah Kamarudin.  Buku ini sebenarnya dihasilkan untuk memperlihatkan bagaimana golongan profesional yang terdiri daripada penyelidik sains, doktor perubatan, pakar teknologi maklumat, pensyarah kejuruteraan, wartawan akhbar, pensyarah komunikasi, dan pegawai perunding kewangan, memindahkan pengalaman kerjaya mereka menjadi gubahan karya yang begitu kreatif. Sebaik buku tersebut berada di tanganku, aku terus menyelak helaian demi helaian dan aku memulakan pembacaanku. Dari ...