Abdulrazak Gurnah- Pemenang Hadiah Nobel Kesusasteraan 2021
Abdulrazak Gurnah merupakan seorang pengarang kulit hitam yang dilahirkan di Zanzibar, Tanzania. Beliau telah dinobatkan sebagai penerima Hadiah Nobel Kesusasteraan pada 2021 dimana kemenangannya itu telah diumumkan oleh Akademi Sweden kerana kekritisannya dalam menulis karya-karya yang berkisarkan nasib pelarian dan kolonialisme. Abdul Razak Gurnah menunjukkan minat yang mendalam dalam bidang penulisan sejak di bangku sekolah lagi. Beliau dikatakan sering menanti-nantikan kelas penulisan berbanding kelas mata pelajaran lain. walau bagaimanapun, beliau tidak pernah terfikir secara serius untuk menjadi seorang pengarang seperti kini. Beliau menganggap menjadi seorang jurutera akan lebih berjaya dan berguna untuk masa hadapannya. Namun, takdir telah menentukan segalanya. Minatnya terhadap bidang penulisan ini akhirnya telah membuka satu ruang kerjaya buatnya. Minat menulis Abdulrazak Gurnah dikatakan semakin bertambah sewaktu dia melarikan diri ke Bri...