Catatan

Abdulrazak Gurnah- Pemenang Hadiah Nobel Kesusasteraan 2021

Imej
 Abdulrazak Gurnah merupakan seorang pengarang kulit hitam yang dilahirkan  di Zanzibar, Tanzania. Beliau telah dinobatkan sebagai penerima Hadiah Nobel Kesusasteraan pada 2021 dimana kemenangannya itu telah diumumkan oleh Akademi Sweden kerana kekritisannya dalam menulis karya-karya yang berkisarkan nasib pelarian dan kolonialisme.      Abdul Razak Gurnah menunjukkan minat yang mendalam dalam bidang penulisan sejak di bangku sekolah lagi. Beliau dikatakan sering menanti-nantikan kelas penulisan berbanding kelas mata pelajaran lain. walau bagaimanapun, beliau tidak pernah terfikir secara serius untuk menjadi seorang pengarang seperti kini. Beliau menganggap menjadi seorang jurutera akan lebih berjaya dan berguna untuk masa hadapannya. Namun, takdir telah menentukan segalanya. Minatnya terhadap bidang penulisan ini akhirnya telah membuka satu ruang kerjaya buatnya. Minat  menulis Abdulrazak Gurnah dikatakan semakin bertambah sewaktu dia melarikan diri ke Bri...

MISTERI DAN SUSPENS?

Imej
 C erpen, penulisan dan novel berunsurkan misteri/suspens?  Ya, aku merupakan salah seorang penggemar berat karya-karya atau penulisan yang bermotifkan misteri dan suspens. Aku gemar membeli karya-karya sebegini sedari bangku sekolah rendah lagi. Aku sanggup menggumpulkan wang sakuku semata-mata untuk membeli novel baru setiap bulan. Bagiku, karya-karya sebegini bukan hanya mendatangkan debaran ketika membacanya, sebaliknya ia juga mampu memberikan kita pengetahuan-pengetahuan baru yang tidak pernah kita ketahui sebelum ini. Antara penulis yang aku kagumi dan gemari karya-karyanya, tidak lain tidak bukan ialah Ramli Awang Mursyid. Bagiku beliau merupakan penulis yang benar-benar jenius dan bijak mencipta plot yang baik bagi menimbulkan unsur-unsur suspens. Antara karya-karyanya yang aku minati ialah Ungu Karmila, 9 Nyawa, Fiksyen 302, Mikhail dan banyak lagi. Oleh kerana aku benar-benar meminati karya sebegini, maka aku telah mengambil keputusan untuk mencuba-cuba menulis cerp...

PERLINDUNGAN

Imej
Pernahkah kita terfikir bagaimanakah perasaan orang-orang yang tinggal di rumah perlindungan?  Sejujurnya aku sendiri tidak pernah terdetik untuk mengetahui tentang kehidupan mereka. Namun, memandangkan latar tempat cerpenku berkisarkan tentang tempat-tempat sebegini, aku gagahi juga mencari serba sedikit maklumat tentang pusat jagaan atau rumah perlindungan orang-orang tua di laman sesawang. Sebelum menonton video yang aku temui, aku sematkan dalam mindaku agar tidak menontonnya hanya sekadar mencari maklumat semata-mata, sebaliknya aku akan cuba menghayati kesedihan yang mereka alami.  Aku amati satu persatu video-video yang dipaparkan. Bagiku video yang dihidangkan di youtube tersebut semuanya menunjukkan kehidupan para penghuninya yang penuh dengan kedukaan dan keperitan hidup. Aku biarkan tangisan dan getaran suara mereka yang perlahan itu bergentayangan dalam benakku.  Aku benarkan juga diriku terbawa suasana yang dipaparkan agar aku mudah meresapi segala emosi mere...

SKETSA HATI

Imej
Musibah yang melanda tanah air kita pekan ini begitu meruntun hatiku. Mana tidaknya, jiwa ini tidak sanggup melihat keperitan dan kesusahan yang dihadapi oleh semua mangsa. Mereka dikatakan terpaksa menahan lapar selama berjam-jam, meredah arus bah yang ganas, berpaut pada kawasan-kawasan tinggi dan terpaksa merelakan harta benda mereka dijamah air bah yang kekuningan. Keperitan yang dirasai oleh mereka begitu menggusarkan hatiku sehingga aku mengalami masalah sukar untuk tidur selama beberapa hari apabila malam menjelma. Hatiku ini mungkin dapat merasai keperitan mereka kerana aku juga mempunyai keluarga dan sanak-saudara yang tinggal di sekitar kawasan-kawasan yang telah dinyatakan terjejas  tersebut. Pasti mereka kewalahan menghadapi musibah. Meski pun kini keluargaku disana sudah menenangkan kami dengan mengatakan keadaan mereka sudah membaik dan air bah mulai surut, aku masih lagi berasa agak khuatir. Namun,  Aku disini akan sentiasa berusaha membantu semampuku dengan men...

KENANGAN

Imej
 Hari ini aku dapat melepaskan bebananku buat seketika setelah berhari-hari aku berpenat lelah dan berhempas pulas menyiapkan segala tugasan yang berbaki. Niatku hanya ingin mengambil angin berdekatan dengan kawasan rumahku sahaja, namun keluargaku mengajakku ke bandar. Aku yang memang sudah berniat untuk berjalan-jalan seketika terus mengambil peluang yang sudah tersaji di depan mata. Bak kata orang tua-tua rezeki jangan ditolak! Masa perjalanan kami mengambil masa sekitar 35 minit dari rumahku sebelum sampai ke destinasi. Destinasi yang dituju kali ini ialah Kampung Hulu Melaka. Jika berjalan-jalan di Kampung Hulu ini tidak sah sekiranya tidak merasai cendolnya yang begitu popular dalam kalangan penggemar makanan atau food hunter . Cendolnya enak dan tidaklah begitu manis pada deria rasaku.      Setelah sesi membasahkan tekak selesai, kami sekeluarga berjalan-jalan di tepi tebing sungai Melaka. Pada pengamatanku airnya yang berwarna hijau pekat serta berbau itu tia...

APABILA PROFESIONAL MENULIS: TITIK TEMU SASTERA DAN SAINS

Imej
  Kulit hadapan buku APM Kulit belakang buku APM Akhirnya, kitab panduan menulis cerpen yang aku tunggu-tunggu tiba jua. Hampir seminggu aku menempah buku ini, namun kehadirannya tidak kunjung-kunjung tiba. Aku resah menunggu kehadirannya kerana perasaan tidak sabar membaca isi buku tersebut begitu membuak-buak. Mana tidaknya buku ini disunting oleh pensyarah aku sendiri iaitu Prof. Madya Dr Mawar Safei! Buku ini tidak disunting oleh beliau seorang diri sebaliknya beliau turut dibantu oleh Prof. Madya Dr Kamariah Kamarudin.  Buku ini sebenarnya dihasilkan untuk memperlihatkan bagaimana golongan profesional yang terdiri daripada penyelidik sains, doktor perubatan, pakar teknologi maklumat, pensyarah kejuruteraan, wartawan akhbar, pensyarah komunikasi, dan pegawai perunding kewangan, memindahkan pengalaman kerjaya mereka menjadi gubahan karya yang begitu kreatif. Sebaik buku tersebut berada di tanganku, aku terus menyelak helaian demi helaian dan aku memulakan pembacaanku. Dari ...

TINJU

Imej
Bingkisan gambar-gambar di bawah merupakan gambar-gambar yang aku ambil sendiri sewaktu menjalankan pemerhatian bagi Kerja Khusus Sejarahku semasa aku berada di tingkatan enam dahulu. Aku membuat keputusan untuk menulis tentang sukan tinju kerana ayahku mempunyai ramai kenalan yang menceburi bidang ini. Pada pengamatanku sukan ini sangat sempurna untuk dikaji memandangkan tidak ramai penulis tanah air kita yang begitu berminat untuk membahaskannya.              " Born to beat "             gambar yang menunjukkan para peninju sedang giat berlatih Sewaktu aku mula-mula mencecahkan kaki di di bilik latihan tinju yang terletak di Kem Sungai Udang itu, aku sudah terpana melihat kesungguhan para pemain berlatih. Walaupun riak kepenatan jelas terpancar di raut masing-masing, mereka tetap mengepal penumbuk untuk menumbuk " punching bag " yang berada di hadapan. Pengamatan yang aku lakukan tidak kusia-siakan dimana aku mengambil k...

PARKINSON II

Imej
 Apa itu Parkinson?  Penyakit Parkinson dapat dideskripsikan sebagai  satu penyakit saraf yang berlaku di kalangan warga emas.  Ia berlaku disebabkan kerosakkan sel otak yang mengakibatkan pengurangan sejenis bahan kimia yang dipanggil dopamin. Terdapat beberapa gejala dan tanda yang menunjukkan seseorang itu telah mendapat penyakit ini antaranya menggeletar (pada jari, tangan, kaki, rahang dan  atau muka), kaku pada anggota badan (tangan, kaki atau tubuh badan), pergerakan badan yang perlahan dan  masalah ketidakseimbangan postur dan kordinasi badan yang boleh mengakibatkan jatuh. Pada peringkat awal, gejala yang dirasai mungkin tidak terlalu ketara, namun lama-kelamaan ia akan menyukarkan dan menyulitkan kehidupan penderitanya dimana beberapa komplikasi akan turut muncul seperti: Fizikal: Jatuh Pening /ketidakseimbangan apabila posisi badan berubah secara tiba-tiba. Sembelit Kesukaran penelanan  Kesukaran pertuturan  Kegagalan kawalan pundi kenc...

CORETAN TENTANG PANTAI

Imej
  Hari ini sengaja aku ke pantai berdekatan rumahku kerana ingin mencari sedikit ketenangan, kedamaian serta menghilangkan kerunsingan yang bersarang di minda. Cuaca petang itu amat baik sekali tidak seperti hari-hari sebelumnya. Cahaya matahari terang-benderang memancar ke setiap pelosok muka Bumi Allah S.W.T ini, sedikit sebanyak membuatku gerah, namun tidak mengapa kerana aku sudah lama tidak bermandi peluh. Aku berjalan perlahan setelah keluar dari perut kereta sambil melihat keadaan sekitar. Aku sudah mengerti dengan pola kedatangan pelancong ke kawasan Pantai Pengkalan Balak ini yang sentiasa penuh dengan pengunjung dan pelancong. Aku perhatikan satu persatu tingkah laku manusia. Mereka kelihatan begitu gembira, mungkin kawasan tempat tinggal mereka tidak ada pantai sebegini.   Ramai di antara mereka yang memilih untuk berendam di dalam air masin Selat Melaka itu, namun ramai juga yang memilih untuk berkelah, memancing, berniaga dan mencari hasil laut yang tertanam d...

PARKINSON

Imej
     Hari ini hatiku terdetik untuk membelek gambar-gambar yang telah lama bersemayam di dalam galeri telefon bimbitku. Tujuannya, aku hanya ingin membuang beberapa gambar yang tidak penting kerana memori telefonku sudah hampir penuh. Sedang aku leka memerhatikan satu persatu gambar, mata aku tertancap kepada sekeping gambar pelamin. Itu merupakan gambar pelamin perkahwinan sahabat baikku yang berkahwin pada 16 September lalu.  K ami berkawan baik sejak di bangku sekolah rendah dan boleh dikatakan agak rapat. Aku dan sahabatku itu, membesar bersama-sama sehingga ke hari ini namun sayangnya dia tidak mampu meneruskan pembelajarannya atas sebab-sebab tertentu. Namun, aku bersyukur kerana dia telah bertemu dengan belahan jiwanya dan melangsungkan perkahwinan meskipun dia baru menginjak usia 21 tahun.      Pada 16 September tersebut, aku dan dua  lagi rakanku ke rumahnya bagi menghadiri majlis tersebut. Kami dipertanggungjawabkan untuk menjaga dulang ...