KENANGAN

 Hari ini aku dapat melepaskan bebananku buat seketika setelah berhari-hari aku berpenat lelah dan berhempas pulas menyiapkan segala tugasan yang berbaki. Niatku hanya ingin mengambil angin berdekatan dengan kawasan rumahku sahaja, namun keluargaku mengajakku ke bandar. Aku yang memang sudah berniat untuk berjalan-jalan seketika terus mengambil peluang yang sudah tersaji di depan mata. Bak kata orang tua-tua rezeki jangan ditolak! Masa perjalanan kami mengambil masa sekitar 35 minit dari rumahku sebelum sampai ke destinasi. Destinasi yang dituju kali ini ialah Kampung Hulu Melaka. Jika berjalan-jalan di Kampung Hulu ini tidak sah sekiranya tidak merasai cendolnya yang begitu popular dalam kalangan penggemar makanan atau food hunter. Cendolnya enak dan tidaklah begitu manis pada deria rasaku.

    Setelah sesi membasahkan tekak selesai, kami sekeluarga berjalan-jalan di tepi tebing sungai Melaka. Pada pengamatanku airnya yang berwarna hijau pekat serta berbau itu tiada apa yang menarik. Namun, suasana sekitarnya yang berwarna-warni dan bersifat estetik itulah yang berjaya membeli hati para pelancong. Kami memilih umtuk berjalan-jalan sahaja sambil melihat gelagat manusia. Walau bagaimana pun, aku sempat mengambil beberapa keping gambar yang dapat aku jadikan sebagai kenangan.





Inilah gambar-gambar yang telah aku ambil. Meskipun tidak kelihatan begitu menarik, namun cukuplah untuk dijadikan sebagai kenangan.

Ulasan