SKETSA HATI
Musibah yang melanda tanah air kita pekan ini begitu meruntun hatiku. Mana tidaknya, jiwa ini tidak sanggup melihat keperitan dan kesusahan yang dihadapi oleh semua mangsa. Mereka dikatakan terpaksa menahan lapar selama berjam-jam, meredah arus bah yang ganas, berpaut pada kawasan-kawasan tinggi dan terpaksa merelakan harta benda mereka dijamah air bah yang kekuningan. Keperitan yang dirasai oleh mereka begitu menggusarkan hatiku sehingga aku mengalami masalah sukar untuk tidur selama beberapa hari apabila malam menjelma. Hatiku ini mungkin dapat merasai keperitan mereka kerana aku juga mempunyai keluarga dan sanak-saudara yang tinggal di sekitar kawasan-kawasan yang telah dinyatakan terjejas tersebut. Pasti mereka kewalahan menghadapi musibah. Meski pun kini keluargaku disana sudah menenangkan kami dengan mengatakan keadaan mereka sudah membaik dan air bah mulai surut, aku masih lagi berasa agak khuatir. Namun, Aku disini akan sentiasa berusaha membantu semampuku dengan mendoakan kesejahteraan mereka dan mangsa-mangsa lain walau dimana sahaja mereka berada.
Ulasan
Catat Ulasan