TINJU

Bingkisan gambar-gambar di bawah merupakan gambar-gambar yang aku ambil sendiri sewaktu menjalankan pemerhatian bagi Kerja Khusus Sejarahku semasa aku berada di tingkatan enam dahulu. Aku membuat keputusan untuk menulis tentang sukan tinju kerana ayahku mempunyai ramai kenalan yang menceburi bidang ini. Pada pengamatanku sukan ini sangat sempurna untuk dikaji memandangkan tidak ramai penulis tanah air kita yang begitu berminat untuk membahaskannya. 

            "Born to beat"

"Born to beat"

           

gambar yang menunjukkan para peninju sedang giat berlatih

Sewaktu aku mula-mula mencecahkan kaki di di bilik latihan tinju yang terletak di Kem Sungai Udang itu, aku sudah terpana melihat kesungguhan para pemain berlatih. Walaupun riak kepenatan jelas terpancar di raut masing-masing, mereka tetap mengepal penumbuk untuk menumbuk "punching bag" yang berada di hadapan. Pengamatan yang aku lakukan tidak kusia-siakan dimana aku mengambil kesempatan untuk memotret mereka yang sedang giat berlatih itu. Aku mengambil gambar mereka dari pelbagai sudut demi mendapatkan hasil yang terbaik agar dapat dijadikan sebagai bukti penyelidikanku. Aku turut meminta izin untuk menemubual mereka tentang sukan berkenaan dan syukurlah mereka menyambutku dengan baik. Hasil dari penulisan kajian tersebut, aku telah mendapat markah yang baik dan dipuji oleh guruku. Alhamdulillah. Aku kira, pengalaman dan pengetahuan yang aku peroleh sewaktu mengkaji sukan ini dahulu, tidak mungkin aku sia-siakan dan aku bercadang untuk mencoretkannya serba sedikit di dalam penulisanku nanti.





Ulasan