MISTERI DAN SUSPENS?
Cerpen, penulisan dan novel berunsurkan misteri/suspens?
Ya, aku merupakan salah seorang penggemar berat karya-karya atau penulisan yang bermotifkan misteri dan suspens. Aku gemar membeli karya-karya sebegini sedari bangku sekolah rendah lagi. Aku sanggup menggumpulkan wang sakuku semata-mata untuk membeli novel baru setiap bulan. Bagiku, karya-karya sebegini bukan hanya mendatangkan debaran ketika membacanya, sebaliknya ia juga mampu memberikan kita pengetahuan-pengetahuan baru yang tidak pernah kita ketahui sebelum ini. Antara penulis yang aku kagumi dan gemari karya-karyanya, tidak lain tidak bukan ialah Ramli Awang Mursyid. Bagiku beliau merupakan penulis yang benar-benar jenius dan bijak mencipta plot yang baik bagi menimbulkan unsur-unsur suspens. Antara karya-karyanya yang aku minati ialah Ungu Karmila, 9 Nyawa, Fiksyen 302, Mikhail dan banyak lagi.
Oleh kerana aku benar-benar meminati karya sebegini, maka aku telah mengambil keputusan untuk mencuba-cuba menulis cerpenku dengan menyelitkan unsur-unsur misteri dan suspen sebaik mungkin agar ia dapat menarik minat para pembaca karyaku nanti.
Ulasan
Catat Ulasan